BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 22, 2013

JEREBU

ASSALAMUALAIKUM..
sebagai pembuka bicara..keadaan hari ini sangat sesak..sesak dengan jerebu..entah bila lah nak kurang jerebu niey..pandang depan asap pandang belakang asap dalam rumah pon asap..eh , terok kan ?ipu kat melaka semakin meningkat..sekarang niey bangun pagi-pagi dah takde lagi udara segar..semua telah dicemari..tengok luar rumah ingat kabus rupanya asap..embun pagi pon dah malu hendak keluar bila nampak asap dah menyelebungi bumi..semakin tua bumi sekarang..satu hari masa online FB aku terpandang satu status yang berbunyi begini "tanda2 awal kiamat..iaitu asap akn memenuhi prmukaan bumi slme 40 hari .. " 
ehh..benarkah apa yang dicakap oleh hamba allah ini ??sekiranya benar..subahanallah aku belum buat apa-apa persediaan lagi..dosa silam ku terlalu banyak..ya allah bagi lah aku ruang untuk menebus dosa yang telah aku lakukan ya allah..mudah-mudahan cepat lah keadaan disini kembali seperti sediakala..aminnn  :'(

Thursday, June 6, 2013

Hidup memerlukan kesabaran !

ASSALAMUALAIKUM..w.b.t untuk semua muslim..
KESABARAN ialah satu ketenangan..ianya merupakan satu aset yang perlu ada didalam diri setiap manusia dimuka bumi ini..setiap kesabaran yang kita tempuhi insyaallah kita akan dapat ganjarannya kelak..dari sini aku telah belajar sesuatu..pada mulanya aku selalu menyalahkan diri aku untuk setiap perkara yang berlaku..tetapi bila berfikir sejenak sampai bila aku terus terus dan terus hendak menyalahkan diri aku untuk setiap benda yang berlaku..mungkin ada hikmah kenapa semua ini berlaku..belum ada rezeki aku setakat ini..jadi bersabarlah wahai KAUM HAWA..walaupun setakat ini aku belum jumpa tapi tak bermakna aku harus berputus asa untuk mencarinya..dalam kehidupan kita tidak boleh berdiri tegak,kaku tanpa berbuat atau bertindak untuk melakukan apa apa..sebab aku yakin kalau aku berdiam diri tak mungkin aku akan dapat apa yang aku nak..aku tak boleh tunggu ianya datang mencari aku tetapi aku yang kena berusaha sehabis boleh untuk mencarinya..walaupun ianya tersepit dicelah celah sesuatu yang terlindung dan tak mungkin aku nampak..tetapi kalau aku berusaha insyaallah tak mustahil yang terlindung itu akan nampak jugak akhirnya..sangat perit apabila setiap yang kita harapkan tidak membuahkan hasil yang baik.aku tahu didunia yang serba canggih pada hari ini ianya telah dibanjiri dengan manusia yang cerdik pandai..jadi walau apapun yang terjadi aku kena terus berusaha dan berusaha sebab aku tahu aku bukan lah berada ditangga yang teratas...aku harus menjadi seorang kaum hawa yang kuat untuk menghadapi segala ujian didalam kehidupan..kalau ada rezeki aku insyaallah tak ke mana  :')

Wednesday, April 17, 2013

hantu POLITIK

ASSALAMUALAIKUM.. 
sekarang keadaan rakyat malaysia dihimpit dengan POLITIK ! selagi tak sampai 5/5/2013 selagi tu rakyat masih dihimpit dengan politik..kenapa politik niey boley wujud ?? aku kah yang buta sejarah ?kadang kadang aku blur kenapa boleh ada politik niey ?? kenapa tidak semua rakyat , semua pemimpin bersatu untuk membentuk , mentadbir negara ? semakin pilihan raya nak dekat semakin banyak khabar angin tentang parti itu parti ini..benda ini semua membuatkan aku menjadi semakin konfius yang mana baik , yang mana buruk..tapi aku yakin tak semuanya sempurna..setiap yang baik ada buruknya setiap yang buruk ada baiknya..yess ! itu lah dia..sejak akhir akhir ini bermacam cerita aku dengar..yang aku pelik masa mengundi nak dekat lah baru macam macam cerita keluar pasal pemimpin itu pemimpin ini semua diungkit balik sama ada yang baik mahu pun yang buruk.hal ini yang menyebabkan aku menjadi semakin konfius..keadaan di malaysia sekarang tengah berpolitik sebabnya di televisyen,radio,jalan raya,rumah rumah orang semuanya berkaitan POLITIK !nak mansuhkan itu nak mansuhkan ini smpaikan pencerobohan dekat lahad datu pon dikaitkan dengan politik fikirlah sikit sebelum cakap...macam mana nak maju kalau macam niey..bila rakyat cakap luahan hati dieorang cakap rakyat memandai lah , bajet bagoslah ape lah..yang aku pelik budak kecik sekolah rendah pun dah cerita cerita pasal politik niey..alahai , tak setuju betol aku dengan semua niey..haihh now umur aku 20 akan datang 21..jadi aku kena mematangkan fikiran untuk mencari kebenaran..lepas niey aku pula akan mengundi..aku kena mencari encik google untuk tambahkan pengetahuan kenapa adanya politik niey..tapi buat masa sekarang niey aku adalah ANTI POLITIK ! 

Tuesday, March 19, 2013

Segalanya sudahh terjawab ! Alhamdulillah :)

ASSALAMUALAIKUM semua .. 
apa yang aku tunggu tunggu selama niey akhirnya terjawab semalam..alhamdulillah walau tak sebaik mana result aku tapi aku bersyukur sangat sangat..biarlah lah bersederhana sahaja..hehe aku dah agak mesti ade salah satu subjek yang jatuhkan aku..tapi aku terkilan sangat sebab tak dapat nak sambung ekonomi !itu lah impian aku..tapi semuanya musnah..takpe lah mugkin bukan rezeki aku untuk sambung ekonomi..bila bagi tau adik beradik aku ade yang cakap tahniah ade yang cakap kenapa tak 3 ?hehe now konfius giler nak sambung belajar or tunggu keje dapat..abang aku suruh mohon spa..die cakap pilih lah polis kea jpj kea kastam kea imagresen kea..erk , nak jugak aku same macam die bahagian badan uniform..yang membuatkan masalah sekarang ketinggian aku niey tak cukup !haha abang aku niey tak sedau kea yang adik die niey pendek..waawaaa last die cakap masok upsi jadi cikgu kea..insyaallah kalau dapat keje aku teros keje tak payah lah nak sambung belajar lagi..yang penting tapak dah ade..akan datang boley sambung belajar jarak jauh kan hehe btw congrates untuk kawan kawan aku yang dah berjaya..bagi yang tak seberapa insyaallah rezeki korang ade kat tempat lain..rezeki masing masing sape tao kan ?dalam hidup kite tak boley tanam perkataan GIVE UP atau BERPUTUS ASA..usaha lah selagi kita boleh..tak lupa juga terima kasih kepada cikgu SMKDARY yang selama niey bertungkus lumus mengajar untuk subjek di dalam form six !insyaallah saya takkan lupa cikgu semua..korang doakan aku moge dapat keje dulu yea hehe :)

Sunday, March 17, 2013

"tomorrow is very very hard"

Assalamualaikum followers bagi non muslim selamat malam :D 
kali niey aku nak share something..esok adalah hari penentu segalanya galanya bagi aku..segala yang aku jawab mase stpm dulu akan terjawab esok..ya allah engkau kuat kan lah hati aku..mudah mudahan kami satu form six dapat result yang membanggakan..insyaallah..orang selalu kata "tomorrow never die "bagi aku untuk hari ini.. "tomorrow is very very hard" erghh..boleh kea aku lalui semua niey ??boleh kea aku terima segalanya dengan soalan yang tersangat susah hari to ??segalanya akan terjawab esok..cukup lah terkilan mase spm , tak kan lah bande yang same akan jadi lagi ??permudahkanlah aku untuk lalui segalanya esok..sebelom niey macam relex jea biler dah sampai masenye..mak aihh !macam nak tercabot jantung..hapah takde rase..benda dah lepas takde ape nak disesalkan NAD !hanya itu yang mampu untuk kau buat NAD !oke..*tarik nafas dalam dalam and senyum jea lah walaupun tak berapa ikhlas..btw wish me luck for tomorrow ! :'D

Sunday, March 10, 2013

perasaan or perasan

assalamualaikum 
hey semua..nak share something lah kat sini hehe tapi post kali niey agak menyegan kan aku..haha well aku kan seorang penyegan..! aku tak tahu lah niey perasaan aku kea ape..btw aku nak buat pengakuan yang aku suke kan someone..hehe mahunya blusher jap pipi aku niey..oke !ehemmm cover..cover..relex nad..korang nak cakap ape cakap lah..aku just like him jea..tapi takde lah sampai nak cakap kat die yang aku suke die atau mintak couple gan die..giler kea ape..aku bukan kasut carik stokin..tetibe biler dah cakap aku jea yang perasan..tak ke malu dibuatnye haha..tapi suke tak bererti yang kite cinte kan die kan..kan ??suke gitu gitu jea tak salah kan ?hee niey lah namenye MALU TAPI MAHU..takpe walau macam mana pon aku akan cuba untuk diamkan diri supaya tak ketara yang aku like him..hehe oke lah..cukup sampai sini jea..malu niey derr ~! --' 



Tuesday, March 5, 2013

PRAY FOR LAHAD DATU !

‎9 Februari 2013, tanah kami kau langgar,
Dengan senjata, maruah kami kau cabar, 
Dalam rundingan, kami bersabar,
Apa mungkin "saudaraku" perjuanganmu tersasar,
Kau degil, terus mencakar,
Perdamaian sudah semakin samar

1 Mac 2013, Hari Jumaat yang besar,
Darah saudara kami kau lapar,
Batang tubuhnya kau kelar,
Dibawa pulang keranda digandar,
Menangis si kecil, diminta bersabar,
Hilang sudah tempat bermanja, tempat bersandar

Satu Malaysia Mula Tersedar,
Kau bukannya saudara, malah musuh tegar,
Dari Padang Besar ke Daerah Papar,
Semboyan Keramat memanggil Pendekar

Kami sudah hilang sabar,
Pendekar melangkah tangan menggegar,
Mana musuh kami panggar, kami selongkar, kami bongkar,
Tidak bersisa kami langgar,
Berlembut kami kau salah anggar,
Ini bumi, tanah Pendekar

Rejimen Gerak Khas,
Kuala Lumpur
5 Mac 2013 


*walaupun kita jauh dari mereka disana..kita tetap boleh mengirimkan doa untuk mereka agar mereka selamat disana..PRAY FOR LAHAD DATU , SABAH !